Tuesday, 18 September 2012

Kemunculan Perkataan Salafi

Pada zaman awal Islam, perkataan Salafi tidak digunakan kerana Islam ketika itu adalah suci dan tidak dicemari, tidak dimasuki oleh fahaman yang luar dari Islam seperti Falsafah,Yunani, Greek, Hindu, dan sebagainya. Ketika itu umat manusia boleh dibahagi kepada 3 golongan iaitu Islam, Kafir dan Munafiq. Pada masa tersebut, segala permasalahan tentang agama Islam yang timbul, umat Islam boleh merujuk terus kepada Rasulullah SAW. Penggunaan perkataan Salafi ketara pada zaman Imam Ahmad bin Hambal RH (wafat th. 241H). Pada zaman tersebut muncul fahaman sesat iaitu Mu'tazilah yang berakidah Al-Quran itu makhluk dan bukannya Kalamullah. Imam Ahmad diseksa oleh 3 generasi pemerintahan iaitu Kalifah Makmoon, Khalifah Muktasim dan Khalifah Watiq kerana beliau mempertahankan bahawa Al-Quran adalah Kalamullah. Perkataan Salafi bermaksud seseorang yang berada di atas manhaj Salaf dalam Aqidah, Syari'at, Akhlak dan Dakwah. Perkataan Salafi digunakan bagi membezakan antara Islam yang tulen, suci dan tidak dinodai dengan fikrah-fikrah Islam yang sesat seperti Syi'ah/Rafidhah, Khawarij, Jahmiyah, Qadariyah, Jabariyah, Murji'ah, Mu'tazilah, Asy'ariyah, Maturidiyah, Musyabbihah, Falsafah, KarramiyahSufiyah, Jama'ah Tabligh, Ikhwanul Muslimin, Sururiyah, Hizbut Tahrir, Jama'ah Arqam, Ahmadiyah, Inkarus Sunnah dan seterusnya. Selain itu, untuk makluman semua, Salafi lawannya adalah Hizbi (berpuak-puak). Dalam Islam tidak ada dianjurkan supaya kita mewujudkan jama'ah, kumpulan, parti dan puak tertentu kerana ianya mewujudkan perpecahan umat. Dalam Akidah Islam adanya prinsip Al Wala Wal Bara iaitu kita wajib mencintai apa yang Allah cintai dan kita wajib membenci apa yang Allah benci. Sedangkan di dalam golongan Hizbi, prinsip di atas tidak dipegang dan diperjuangkan.

Firman Allah Ta'ala,

لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ


"Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya Hizbullah itu adalah golongan yang beruntung."


(Surah Al- Mujaadilah 58: 22)

No comments: